Tuesday, September 16, 2008

KENAPA RAKYAT MALAYSIA MULA BENCI PKR?

Rakyat Malaysia, selepas PRU pada 8 Mac 09 dikatakan berada dalam kontroversi, terpinga-pinga, ternanti- nanti, tertanya-tanya dan berbagai-bagai ter lagi. Kenyataan ini benar bagi mereka yang jarang mengikuti perkembangan politik, hanya sesekali berbual di kedai kopi atau melayari internet.

Satu kelompok lagi ialah rakyat yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair, tidak Kira dari parti mana pun, samada partik pihak kerajaan atau pembangkang. Mereka ini bukan berada dalam situasi pertama tadi tetapi mereka berada dalam keadaan tertekan, gangguan emosi, gangguan kerja, gangguan pemikiran, gangguan social, gangguan ekonomi dan yang paling parah ialah mereka berada dalam keadaan terganggu seluruh pemikiran mereka. Agaknya mereka tidak dapat becakap soal lain selain soal Anwar Mahu Tukar Kerajaan. Itu sahaja yang terkeluar dari mulut mereka.

Dalam kelompok kedua ini terdapat kalangan penulis-penulis blog/web yang meluaha, meramal, mencaci, mencerca, dengan perkataan yang jarang kita dapat dingar di café atau kedai kopi, supermarket atau kedai-kedai, tapi banyak terjumpa dalam blog-blog.

Terdapat juga kelompok yang duduk dikampung-kampung yang tida akses internet atau kurang, pagi-pagi lagi suratkhabar dah soldout. Semua orang nak baca. Maka lakulah teh. Kopi, milo, kuih dan roti canai dan nasi lemak. Terlupa orang-orang ini nak beli ikan untuk dimasak oleh isteri bagi anak makan bila mereka balik sekolah.

Kelompok yang lain, pembangkang-pembangkang di Jabatan-jabatan kerajaan, yang makan gaji turun temurun semenjak ibu bapa datuk nenek mereka dahulu lagi mula meninggalkan fail atas meja, menonton tv di pejabat, atau enggan melayan tetamu, marah-marah bila suruh buat kerja. Ini kerana mereka juga asyik mendengar cerita kawan mereka tentang 16 September dapat kerajaan baru: Anwar Government.
Kerja mereka terbengkalai, tak dibuat, mereka tunggu Anwar jadi PM baru mereka hendak siapkan. Tidak Ada Integriti Langsung.

Satu kelompok lagi ialah guru-guru sekolah. Paling ramai dalam kalangan penjawat awam, dan paling ramai juga yang mnyokong pembangkang, PKR dan Anwar.
Semenjak tamah pilihanraya 12 , mereka ini menjadi silent protestor di sekolah, bercakap kepada rakan, dan kadangkala sanggup ambil mc atau cuti kerana nak pergi dengar cermah pembangkang. Yang peliknya, seorang guru yang terdidik dan mendidik, pandai mengajar murid-murid, memberi pandangan dan buat program, educated lah katakana, tetapi begitu mudah terpengaruh dengan mainan politik Anwar Ibrahim. Mana akal guru-guru ini. Kenapa mudah sangat terpengaruh sehingga mereka ini menjadi pengikut seperti orang kena pukau. Siapa pukau?. Anwar?. Cikgu, silap cikgu ni…sepatutunya Anwar yang terpukau dengan cikgu.

Kelompok rakyat marhaen yang cintakan Negara, yang pernah berjuang dari zaman Jepun, komunis, dan memerdeka dan mengisi kemerdekaan menjadi benci, sakit hati, geram, menganggap kelompok PKR ini biadap dan kurang ajar kerana kelompok ini telah merasa pedih perit jerih berjuang untuk memerdekakan negara ini.

Jadi, semenjak pilihanraya lalu, kempen politik Anwar tidak pernah berhenti. Kenapa?. Kerana Anwar sangat pandai twist (memindahkan isu dirinya kepada isu lain) , create the issue (mencipta isu pelindung) untuk menutup kelemahannya, menutup kesnya yang sedang dibicarakan. Itu saja, apakah kita tidak tahu?

Sehingga 16 September 2008, keadaan politik menjadi tidak menentu. Semua rakyat menjadi tak tentu hala, golongan politik, peniaga, pelabur, broker, dan lain-lain menjadi seperti molekul dalam besi panas yang di bakar. Aktif tetapi kelam kabut.

Maknanya Anwar telah menjadikan situasi rakyat kelam kabut dan akhirnya tertipu dengan permainan politk kosong dan kotornya.

Maka, kesimpulannya, 16 SEPTEMBER 2008 ADALAH TITIK PERMULAAN KEJATUHAN ANWAR IBRAHIM DAN PKR nya. Anwar tewas dihujung kerisnya sendiri. Kerana:-

1. Selama 6 bulan mereka mencipta isu berkait dengan Datuk Najib, Altantuya, Razak bagi mengaburi mata penyokongnya dan rakyat Melaysia. Penyokongnya akhirnya sedar bahawa mereka tertipu. Mereka sedar pada 16 Septembar 2008 ( Hari ini penyokong Anwar mula tidak lagi menyokong Anwar
(KITA TELAH TERTIPU, MAKA KITA TAK PERLU LAGI SOKONG ANWAR- KITA KELUAR PKR RAMAI-RAMAI)

2. Selama 6 bulan mereka memperkudakan kita dalam PKR kononnya dia yakin 16 September 2008 kita bakal menubuhkan kerajaan baru, menumbangkan BN. Kita bekerja untuk dia siang dan malam, tetapi yang dapat untung hanya dia. 3 ahli keluarganya, Isteri, Anak dan Anwar jadi Ahli Parlimen. Bayangkan berapa pendapatan mereka dapat sebulan. Kita dapat apa?. Habis segala simpanan, terbuang segala masa. Dia untung, kita rugi. (JADI TAKA PAYAH LAGI KITA BERKORBAN KOSONGKAN KANTUNG KITA, TAPI ANWAR TAMBAH KANTUNGNYA. KITA YANG BODOH)

3. Selama 6 bulan mereka kata perbincangan dengan AP yang akan lompat parti, Sokong PKR untuk tubuhkan kerajaan baru. Kita pun Sokong dia. Tapi hingga sekarang, tiada pun satu nama yang dia bagitau kita. Adakah kata-kata dia itu bertujuan untuk menyakinkan kita jadi kapcai dia saja. Sebenarnya tidak ada pun. Kita kena tipu. Dia mungkin buat macam tu untuk dapatkan sponsor dari klik2nya diluar negara. Kita ditipu lagi. (SEBAB KETIGA KITA PERLU ELAK DIRI JADI KUDA TUNGGANGANNYA- kecuali jika dia boleh buktikan)

4. Dia kata dia hantar rombongan PKR ke Taiwan untuk bejumpa dengan AP BN dan memujuk mereka lompat ke PKR. Tetapi jelas rombongan itu tidak berjumpa pun dengan grup BN itu. Tapi selepas itu di kata mereka berjaya memujuk dan dapat mandat untuk tubu kerajaan. Tapi, 3 hari saya tidak tidur Kerana nak dengar kerjaan baru, ALIH-ALIH 16 SEPTEMBER 2008 di tunda pula pada 16 Oktober, November atau Disember. Saya benar-benar rasa tertipu. Kenapa dia tipu saya? KENAPA TIPU KAMI? (Nampaknya INI KALI TERAKHIR ANWAR DAPAT TIPU SAYA, SAYA KATAKAN PADA RAKAN SEMUA, SAYA TIDAK SANGGUP DITIPU LAGI, MULAI HARI INI SAYA NYAH DARI PKR…)

5. Apabila saya tanya pada seorang rakan rapat saya tentang Anwar kata nak jumpa PM untuk bincang peralihan kuasa, kawan saya (dalam PKR juga kata) jika tidak ada Ahli Parlimen yang cukup, jumpa Pak lah pun tak akan dapat buat apa-apa. Yang mustahak adalah Ahli Parlimen. JADI BUAT APA DIA BAGITAU KITA NAK JUMPA PAK LAH KALAU AHLI PARLIMEN TAK CUKUP. KENAPA KITA YANG MENYOKONG INI PUN NAK DIRAHSIA, NAK DITIPU?)

6. Dia gunakan kita untuk menutup kes peribadinya. Kawan saya bercerita, dia dapat tahu, jika kes peribadinya menang, atau Berjaya digugurkan, dia tidak akan pedulikan PKR dan ambil alih kerajaan lagi. Dia akan hanya jadi Ahli Parlimen, Anak dan bininya, sekurang-kurang 30 ribu sebulan pendapatan mereka. Kita yang kehulu kehilir, kena bedal dengan cota, kena kejar ni dapat apa? Dapat bodo saja. (Anwar berjuang untuk kepentingan peribadi dan keluarganya saja, bukan untuk kita. Saya sudah sedar tentang ini, kawan-kawan, perasan tak?)

7. Saya dengar, jika dia berjaya bentuk kerajaan, dia akan gabungkan PKR dengan PAS, sebab tu PAS sunyi sahaja. DAP memang akan ditinggalkan. Pilihanraya kecil akan berlaku di Perak dan PAS akan ambil semua kerusi di Perak.

8. Anwar telah menjadikan PKR dan kita macam ini. Kelam kabut dan kecewa. Kecewa sangat-sangat. Terasa bertahun-tahun DITIPU.

ATAS 8 PERKARA INI, SAYA DENGAN INI MENCADANGKAN AGAR KITA TIDAK LAGI PERLU DITIPU BERTERUSAN. DAN KITA PERLU BERITAHU RAKAN-RAKAN KITA BAHAWA KITA MULA PULAUKAN PKR.

No comments: