Saturday, September 20, 2008

SAMPAI BILA HARUS DIPERGUNAKAN?

Sedar tidak sedar, sudah 6 bulan pilihanraya berlalu. Namun isu berkaitan politik tetap menjadi tajuk utama dalam negara. Kenapa isu ini timbul, berkembang, merebak dan akhirnya menjadi kudis dalam masyarakat rakyat di Malaysia.

Saya kupaskan beberapa contoh KUDIS yang terjadi kerana ramai orang yang telah dipergunakan. Rakyat dipergunakan untuk kepentingan politik sesuatu pihak.

Kudis politik di Malaysia ini bukan kerana rakyat tidak puas hati dengan kerajaan seluruhnya, tetapi kerana rakyat telah dipergunakan oleh pembangkang tetapi rakyat tidak sedar dipergunakan.

Isu 1 : Rakyat Diperbodoh:

Rakyat diperbodoh dengan pelbagai ciptaan isu baru untuk memburukkan kerajaan. Rakyat telah dipengaruhi dengan cerita Kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap isu rasuah. Konon kerajaan abaikan hal rasuah, kerajaan rasuah. Padahal BPR telah menyungkit berbabi2 kes rasuah, diadili dan dijatuhkan hukukan. Bukan hanya kepada pembangkang, penyokong dan pegawai kerajaan pun kena. Tetapi apabila pembangkang mengamalkan rasuah, ditangkap dan dihadapkan kemahkamah, pembangkang akan kata itu adalah sabotaj, salahguna kuasa, dan dengki khianat, tidak betul, dan tidak adil. Hal inilah yang dimomok oleh pembangkang kepada rakyat kononnya kerajaan rasuah, yang SEBENARNYA PEMBANGKANG MENGAMALKAN RASUAH kepada penyokongnya dengan janji memenuhi manifesto pilihanraya, menukar kerajaan, membenteras rasuah, itu dan ini, tetapi tidak dilakukan pun. Rasuah janji inilah yang paling bahaya kerana ia telah mempengaruhi keadaan masayarakat menjadi tidak stabil. janji kosong yang diingat oleh rakyat janji betul. maka, penyokongnya dipergunakan untuk mencapai hasrat pembangkang khususnya individu politik atasan pembangkang untuk memiliki kuasa. Rakyat dipergunakan.

ISU 2 : RAKYAT DITUTUP MATA

Pembangkang, akhir-akhir ini nampak seperti 'terpaksa' mencipta satu demi satu isu untuk menutup kelemahan dan pembohongan yang dilakukan. Jika tidak berbuat demikian, maka tembelang akan pecah, dan rakyat, khusunya penyokongnya akan mula mempertikaikan apa yang dibuat oleh pimpinan pembangkang.

Justeru, pembangkan terpaksa mencari idea demi idea, hal demi hal untuk disogokkan kepada rakyat supaya nampak salah kerajaan dan membenci kerajaan.

Pembangkang cipta isu Uitm hanya kerana ingin membuktikan kapada kaum lain bahawa mereka liberal dan sanggup berkongsi semuanya sama rata. Pembangkang create isu ternakan khinzir, kononnya untuk menarik perhatian orang cina. Pembangkang cipta isu tudahan liwat, isu tukar kerajaan, isu ahli parlimen BN yang akan lompat parti, isu mendapat sokongan, isu membentuk kerajaan baru 16908. tatapi isu2 ini gagal dan pembangkang terpaksa lagi mencipta isu lain untuk melekakan rakyat bahawa mereka masih releven.

Pembangkang cipta isu tukar kerajaan tidak semestinya 16 September. Pembangkang cipta isu surat kepada PM minta berjumpa. Mencari salah kerajaan bahawa mereka tak dapat tubuh kerajaan kerana Pak Lah tak nak jumpa.

Mereka cipta isu minta sidang tergempat untuk undi tidak percaya supaya penyokong meresa bahawa mereka sudah hampir menubuh kerajaan tetapi rakyat masih tidak sedar. Masih menungu dengan penuh harapan. Ini beerti rakyat sudah 'dipukau' untuk menanti dan menanti walaupun pemimpin pembangkang tahu bahawa mereka tidak akan berjaya.

Pembangkang cipta lagi isu demi isu....kita lihat sedikit hari lagi mereka akan cipta isu ISA lagi. Lepas tu mereka cipta isu siasatan polis terhadap politician tertentu.

Apabila hampir dengan Persidangan UMNO nanti mereka akan cipta isu Najib dan Paklah, Pemimpin UMNO Negeri dan lain-lain.

Lepas Hari Raya nanti, apabila parlimen mula bersidang, mereka akan mencipta isu berkaitan dengan Ahli Parlimen yang tidak hadir mungkin kerana sakit atau ada tugasan lebih mustahak, dikaitkan dengan calon yang bakal lompat parti.

Inilah kerja pembangkang. Kerja mereka adalah mencipta isu demi isu yang mempengaruhi rakyat untuk membenci kerajaan.

PADAHAL, SEMUA ISU ITU DICIPTA HANYA UNTUK MENUTUP KEGAGALAN MEREKA MELAKSANAKAN MANIFESTO PILIHAN RAYA MEREKA . RAKYAT LANGSUNG TIDAK BERTANYA TENTANG MANIFESTO PILIHANRAYA MEREKA SEKARANG.

MAKA BERJAYALAH MEREKA MEMPERGUNAKAN RAKYAT UNTUK MENUTUP KELEMAHAN DAN KEGAGALAN MEREKA SELAMA INI.

No comments: